Thursday, August 11, 2011

Dah bayar zakat?

Dah bayar zakat? Alhamdulillah...Belum lagi? ..tak pe, byk masa lagi, i'Allah..
Selalunya pagi sebelum takbir raya orang akan berpusu2 utk membayar zakat...sbb masa tu adalah waktu wajib dan pahala pun lebih.
( Iaitu apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. )

Aku ingat lagi masa arwah ayah jadi amil  time aku muda remaja dulu..ade la dlm 2, 3 kali arwah  jadi amil...arwah jd amil sbb bilal masjid...hanya org2 masjid je yg layak jd amil, sbb org kenal.
Tang pagi raya je, mula la arwah ayah dok tunggu kat depan pintu dengan segala fail dan kotak duit...time tu la jugak aku pun lawa2 pakai bedak, sikat rambut bagai (padahal dengan tak mandinye) dok ke depan belakang, depan belakang  nak menggedik dgn org2 bujang yang nak bayar zakat...hehheee...gedik giler aku time tu...kih3...

Huhu...tu kenangan lame yang mengusik jiwa dan emosi...dl sblm kahwin, arwah ayah dok bayar zakat (org kata bayar kepala)...bila arwah dah takde, abg2 dok tlg bayarkan...skang, bila dah kahwin ni, my jejaka ati la yg kene bayarkan...tahun lepas bayar utk berdua je, tahun ni kena la bayar utk 3orang..hehe

Kepada semua, zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Wajib ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat selain menunaikan Rukun Islam yang lain iaitu  mengucap dua kalimah Syahadah, Sembahyang 5 waktu, Puasa dan Haji ke Mekah.
Zakat ni adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan.

8 Golongan yang layak menerima zakat adalah :-

1. Fakir (al Fuqara)
Adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.

2. Miskin (al-Masakin)
Mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya memperoleh RM8.00.

3. Amil
Orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf
 Seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab
Seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin
Penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabillillah
Orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil
Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.



* Kepada arwah ayahku, Haji Mohammed Noor Bin Anang, sekalung doa dan Al-Fatihah buatmu...Semoga dikau tenang di sana dan berada dalam golongan orang2 yang beriman...Aminn


~ i luv u all~

3 comments:

Milah84 said...

amin... moga ayah kite di tempatkan dlm golongan org2 yg beriman & sentiasa tenang di sana....

attyfir said...

al fatihah utk arwah paklong ,semoga dtmptkan dikalangan org2 yg beriman.amin

Ilusi Kristal said...

milah n k.ty > tq....al-fatihah...