Friday, February 6, 2015

Umrah (2)

Umrah bersama Andalusia

Assalamualaikum wbt

Umrah bersama Andalusia selama lebih kurang 10 adalah satu pengalaman terbaik sepanjang hidup aku.. org kata sweet memory ever! 

Tak tergambar perasaan EXCITED masa mula-mula mendaftar kat hq Andalusia , Kg. Pandan pada bulan September hari tu. Kitorang ambil masa persediaan  3 bulan sebelum.

Dengan ilmu yang cetek, langsung tak prepair pasal umrah..hanya tau pergi mekah, beribadat... tu je... rupanya banyak perkara yang perlu ambil kira dan timbang tara dengan agen.. dah la dalam kepala nak yang harga bajet..hehehe...aduii... tp ok la... sbb aku dan suami terus pergi hq dan kat situ kitorang mmg pergi sana untuk mintak penerangan lanjut.. kitorang mmg zero masa tu... tp alhamdulillah, bila dah pergi ofis sana, kitorang dapat apa yang kitorang nak..

Perkara yang perlu tahu klu nak pergi umrah:-

1) Naik flight apa?
Andalusia menawarkan Arab Saudi Airlines dan Air Asia X.  Aku dan suami naik Air Asia X.. Alhamdulillah... not bad... berjaya pergi dan balik dengan selamat,  dan layanan krew kabin yang memuaskan hati. Makan minum pon alhamdulillah.. kenyang! Cuma masa balik hari tu je la, disebabkan krew Airport  Jeddah bermasalah, kitorang delay 5 jam!! huwaaaa..... dugaan nak balik rupanya..tp bukan disebabkan Air Asia, tp sbb ada sefamily penumpang dari Malaysia, keturunan Arab Saudi, anaknya kene chicken pox.. tp dia dah dapat surat dari Peg. Perubatan Mekah, anaknya ok.. dan kat imigresen Jeddah pon ok, cuma bila nak boarding, tak lepas.. dan Air Asia, terpaksa refer dgn Peg. Perubatan khas.. Peg. Perubatan Air Asia tak lepaskan family itu untuk naik flight... dah la segala beg bagai dah masuk kabin..tggl tggu nak terbang je lagi.. bila dah jadi macam tu, nak merayu bagai pun tak lepas, terpaksa la family tu menangguhkan penerbangan sehingga la anak nye kembali pulih dari chicken pox dalam lebih kurang 3minggu... gilee baii.. nak stay kat mana 3w oiii... visa pon dah expired camtu.. tp katanya, pihak Andalusia kat Mekah akan tolong uruskan mereka... fuhh.... sepatutnya kitorang fllight 6.30pm, dalam kul 11pm baru kitorang terbang... kematu bontot woooiii... tak tau nak buat ape, duduk tercongok dalam plane.. nasib baik, rezeki aku baik, dapat duduk 'hot seat'... hahahahaa.... kaki bole luruskan wehhhh.... kebetulan lak laki aku dapat seat blakg skali...hahahaa... dia dah la besar, kaki panjang..mmg tak senang duduk la mamat tu... nasib baik sebelah aku kosong.. dapat la dia menumpang hot seat sebelah aku... hahhaaaaa... semua atas rezeki dr Allah.. Alhamdulillah..

2) Nak stay kat hotel mana?
Dalam pakej yang Andalusia offer, dia akan tya kita bajet berapa.. bajet akan menentukan hotel yang kita akan stay. Aku pun tak ingat berapa pakej yang dorang offer.. tp hotel yang jauh dalam 600m, harganya lebih murah dari hotel yang dekat dalam 50m.

Aku stay kat hotel Hilton kat Mekah.. hotel kat Mekah yang menentukan bajet kita.. masa kat Madinah, semua hotel sama.. 

Madinah : Hotel Mawaddah Al- Safwa
Mekah   : Hotel Hilton 

Bagi aku, masa kat Madinah, alhamdulillah semua akan rasa benda yang sama.. perjalanan ke masjid yang sama..  jln kaki yang ambil masa dalam lebih kurang 10m.. klu singgah menyinggah amik masa dalam sejam!! hahahahahahah.... aku tak singgah sangat.. malas!! sbb mmg niat aku sebelum pergi tak nak soping sgt.. hajat nak beli Al- Quran dan something gambar untuk rumah baru.. macam gambar Madinah ke.. gambar kaabah ke...

Tp masa kat Mekah, kat situ akan terasa kalau sapa yang duduk hotel jauh... ada kebaikan dan kelemahan nya.. tp ni sume bukan salah agen... sbb kita yang tentukan sendiri kita nak duduk hotel mana.. bagi aku, aku pilih hotel Hilton adalah yang terbaik.. turun tangga je dah sampai masjidilharam.. alhamdulillah...

3) Rakan sebilik
Siapa rakan sebilik kita? Kalau kita tak kisah, dan dalam bajet, kita boleh la pilih 4 orang sebilik. 4 orang ni maksudnya, kita tak pasti siapa rakan sebilik kita. bagi yang dtg sekeluarga dalam 4 orang, bole la juga amik sebilik.
Mcm aku, aku duduk sebilik berdua dgn suami. dgn alasan kuat, aku kenal siapa suami aku... hehehee... 

4) Tarikh  - Jadual penerbangan pergi dan balik
Andalusia akan tya, bila kita nak pergi. sbb pekej berbeza bila waktu cuti sekolah.
Macam aku, aku ambil dalam bulan Disember, agak mahal sikit dari biasa, tp tarikh yang kitorang nak tu adalah mmg waktu terbaik.. cuti pon bole tambah dgn cuti tahun baru... ngeh3..


Kesimpulan

Ok, kalau dari segi bajet, rasanya tu 4 perkara pertama yang perlu kita fikirkan dan bincang sebaik-baiknya dngn grup yang kita pergi.

Lepas tu, bayar deporit RM300 seorang.. then, bole bayar ansur-ansur smpai la 3 minggu sebelum tarikh yang kita nak pergi.

Pastu, jgn risau klu pasal visa. Andalusia mmg terbaek klu bab visa. dia ada link kuat dengan imigresen Arab Saudi. mcm aku hari tu, .. aku bertolak hr sabtu, so hari isnin tu aku dah tau visa dah lulus. pihak Andalusia akan kol.. tp klu rajin, klu lah tiap mggu untuk tau progress.. inshaaAllah, everything will be smooth and clear!  Yakin dengan Allah.. niat yang baik mst akan dipermudahkan..


~ i luv u all~

No comments: