Assalamualaikum.
Lamanya aku tak jenguk blog ni ..walaupun dah tukar header bagai...konon nak bg mud update hari2...hampehhh....mud asik tak mari sokmo...nasib2...kikiiii
Ni disebabkan tiba-tiba hati ni dok teringat dan terkenang anak aku si Khadeeja yang buat pertama kalinya masa umur die 1 tahun 3 bulan klu tak silap berkampung kat hospital Putrajaya selama 3 hari 2 malam..Adusss....rasa sebak betul kalau dok teringat balik... Kalaulah boleh aku pusing balik masa, aku nak ganti balik kecuaian aku masa tu dengan jaga dia tiap saat dan ketika. Tapi, apalah daya... Maafkan mama sayang...haishh..haishhh......syuhhh.... (sedih...klu boleh tak nak ingat)
# Throwback #
Petang hari Jumaat, genap 2 minggu si kakak kene chicken pox..masa ambik dia kat rumah pengasuh, badan dia memang panas dedar2...pengasuh pun mmg bgtau badan dia macam panas..rasa cm demam...so, ok tak pe...nnt kat rumah aku bg ubat..
Senja dalam pukul 7.30pm cmtu, badan dia mmg panas..aku cek dalam 38c...aku bg ubat...tp dia aktif mcm biasa...dok main dengan si kakak..
Malam, dia tido macam biasa..takde merengek apa..cuma badan dia panas...aku lap dengan air asam dan letak cool fever kat pusat dia (cara untuk mengurangkan badan panas dengan segera sebab tak boleh letak kat dahi..ada kesan negatif).
Tengah malam dia mula rasa tak selesa..merengek..aku pun yang memang tak tido sebab jaga dia dengan mengelap badan dia sepanjang malam...aku bangun cepat-cepat ambik ubat... Kalau ikutkan dah 6 jam lepas dia makan ubat kul 7.30pm.. Denagn bantuan suami, kami bagi dia ubat dalam pukul 2 pagi camtu..Doa pun tak putus-putus semoga si adek cepat kebah dari demam.. mmg ujian sangat-sangat bg aku sebab si kakak yang chicken poxnya, pastu si adik pulak tiba-tiba demam..Nasib baik ada bantuan mak aku kat rumah... Kalau tak, memang semangat luntur sebab si suami pulak sentiasa sibuk dengan kerja.. Semuanya aku berserah pada Allah.. ..
Pagi Sabtu.... aku bangun macam biasa... walaupun kalau ikutkan hati nak berselimut lagi sebab cuti..Tapi mengenangkan banyak kerja dan tanggungjawab yang patut diuruskan, semangat aku kuat.. Time si suami siap-siap nak pergi kerja, si adek lak bangun sambil berry, so aku terus mandikan dia...Siap aku settlekan dia, pakai pampers bagai..dia tido. Elok je suami pergi dalam 10 minit, si adek macam menggigil-gigil badan dia...aku pun peluk dia kuat-kuat sambil lap-lap dengan air asam... Badan panas, tapi kaki tangan sejuk..Hati aku cakap sejuk kot sebab baru lepas mandi...aku pun selimutkan dia dan peluk kuat-kuat.. Bila geletar dia dah ok, aku pun baringkan dia atas sofa, sambil ketip kuku tangan dan kaki dia.. Sebab time tido je aku ada peluang nak bersihkan kuku dia. Dalam tempoh tu pulak, ada dalam 4 kali dia tido tapi terkejut.. Terkejut smpai badan dia terangkat..Aku panggil mak, mak suruh aku peluk dia.. Langsung aku tak terlintas nak cek suhu dia masa tu..Ya Allah...maafkan mama sayang..
Aku bagi adek kat mak sebab aku tgok dia macam dah ok...Aku pergi ketip kuku si kakak pulak...Tengah ketip kuku kakak dalam bilik, aku dengar suara adek mengerang kuat dengan bunyi yang sangat lain macam...Bergegas aku lari keluar amik dia dari pelukan mak...Ya Allah, kenapa dik...aku jerit takut...aku tengok muka mak dah pucat sampai tak terkata.. Badan adek pulak macam lemah, tetapi mata masih macam tengah tidur..Aku berlari pergi ke dapur, basahkan badan dia dari rambut sampai ke kaki...Dengan aku yang dah menggelabah beruk, otak masih lagi boleh berfikir dengan cepat-cepat tukar baju ambik tudung,sambil tangan pegang hp dan anak nak call si suami...tapi keadaan memang sangat tak terkawal.. cuma mak aku yang cuba kejutkan adek dari lemah..aku berlari mane nak buat susu, mana nak call, mana nak pakai baju n tudung, mana nak peluk anak...Ya Allah, memang sangat-sangat menguji... Menjerit aku panggil si adek tanpa henti... Siap semua, aku bergegas berlari turun ke bawah dengan harapan aku nak pergi ke hospital dalam masa sebelum suami sampai, kalau boleh aku sampai ke hospital dulu.. Mulut aku yang tak henti-henti istgfar sambil mengucap cuma sedarkan adek yang dalam keadaan lemah... Mundar-mandir aku kat lobi tunggu suami dengan harapan ada orang yang sudi tolong, tak de lah pulak...kalau ikutkan aku boleh je drive sorang ke hospital, tapi takkan aku nak biarkan adek yang lemah sorang-sorang kat sit sebelah...Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambamu ini yang dalam kesusahan...Tu doaku yang tak putus-putus.. Kalau aku nak angkut mak dgn kakak yang tengah tidur, kesian pulak kat mak..dengan kudrat mak aku biakan mak kat rumah bawak bertenang sambil jaga kakak yang tengah tidur lagi..Sedihnya aku masa tu... Aku cuba sedarkan adek yang tengah lemah...Alhamdulillah, doaku dimakbulkan Allah...aku bersyukur...Adek mula bersuara dan mula buka mata...Ya Allah, alhamdulillah..
Dalam 15 minit gak la tunggu suami dengan penuh sabar dan tawakal, suami sampai dan terus kami gerak ke hospital...Sampai emergency, aku terus lari masuk dalam sambil suami cari parking...Doktor amik anak dan baringkan atas katil sambil cuba untuk tenangkan aku.....aku menangis kat pintu sambil tak peduli keadaan sekeliling yang orang ramai tgh tengok kat aku. ade gak la yang cuba tenangkan aku cakap bersabar..anak ok.. dan alhamdulillah, anak aku dah sedar... Doktor tarik tirai katil dan langsung aku tak tahu apa yang dah doktor buat kat anak aku.. Lepas 10minit, doktor panggil aku dan aku terus peluk adek atas katil smbil mengucapkan syukur... Doktor interview aku cikit-sikit..yang aku ingat, bila last bagi ubat demam?
Lepas keadaan dan emosi aku under control, doktor cakap suhu di adek masa tu 41c...Ya Allah, tinggi nya...Atagfirullahalazim.... Rasa hilang nyawaku masa tu...apa yang aku buat sampai suhu anak pon tak tau???? Anak demam tapi kau buat endah mama???? mama ape kau ni??? Astagfirullah.....
Doktor cuba tenangkan aku lagi, dan doktor terangkan kat aku tu adalah jenis-jenis febrile fit atau dikenali sebagai sawan demam bagi orang melayu...astgfirullah..... Doktor menyuruh aku lap badan anak sentiasa.. kalau boleh mandikan selalu... Dan disebabkan ini adalah pertama kali kena, memang prosedur hospital untuk dimasukkan ke dalam wad... untuk penjagaan dan learning bagi ibu bapa...aku akur demi kesihatan anak aku.. kalau kat rumah aku leka dengan kerja-kerja sedia ada, kat hospital aku boleh bagi sepenuh perhatian menjaga anak demam...walaupun si kakak masih lagi chicken pox, sekurang-kurangnya dia tak demam dan ada mak aku yang mengawasinya... al kisah bermula lah perkampungan kami 2 beranak di hospital.. Aku redha dan syukur! Alahamdulillah...
Tips sekiranya terjadi lagi.. tapi aku nekad lepas ni aku taknak perkara berulang kembali... selagi nyawa dikandung badan, aku akan jaga sepenuh perhatian sekiranya mereka demam lagi..nauzubillah...
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
5. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
6. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.
4. Beri ubat demam bontot kerana ubat tu cepat turunkan suhu badan berbanding ubat minum.
Kesan:
Kalau sawan berulang kali dengan kerap sehingga berbuih mulut ataupun tarik yang lama sehingga 20minit, mungkin ada kesan sepanjang hayat.. tapi sekiranya pertama kali dan tempoh tak sampai 5minit, In Shaa Allah, tiada kesan negatif..
Punca:
Demam tinggi (mungkin nak chicken pox, doktor kata)...n its true!! 2 mggu lepas tu si adek kene chicken pox.... ujian lagi satu persatu...aku redha..
Doa seorang mama:
Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan lah anak-anakku dari sebarang musibah, bala dan penyakit yang bahaya. Berilah anak-anakku serta keturunanku kesihatan yang baik, jadikanlahlah keturunanku insan yang soleh solehah, sentiasa dilindungi olehmu dan berjaya dunia akhirat..Ya Allah Ya Tuhanku, hanya padaMu aku bermohon..Amin..
Sedih mama tengok gambar-gambar tu..mama janji sayang...its 1st n last adek kene camni...mama janji takkan jadi lagi!!!!
~ i luv u all~
No comments:
Post a Comment