Assalamualaikum dan salam hari Selasa uolls..
Entry sekadar untuk mencoret dan berkongsi rasa kegusaran, kesedihan dan kekentalan hati seorang ibu untuk menghantar anak ke taska..huhu
Hari ni hari keenam anak aku kat taska...kat taska lak, anak aku diletakkan dalam group baby walaupun dah setahun 2 bulan..sebab tak pandai jln lagi..klu dah pandai jln, dia akan diletakkan dalam group 2 tahun ke atas..
Hari pertama dan kedua, hantar ok..tak menunjukkan yg dia akan nangis pun...tapi rupa-rupanya bila ambik petang, cikgu dia ckp sepanjang hari menangis...sampai bertimba-timba keluar air mata...klu nangis keluar air mata ni tanda dia sedih..yela, mmg pun dia sedih sbb kena tinggal, pastu takde sapa-sapa yg dia kenal...aduhh...kesiannya anak aku! hari ketiga dan seterusnya sampai hari ni, tiap pagi asal nak jejak pintu taska je, anak aku dah meraung dah..
Yang kesian dan menyentap jiwa aku ni, cikgu dia kata menangis sepanjang hari...klu baby lain, menangis sekejap je, ataupun time lapar atau nak tido..takpun mailto:2@3 hari pertama je...yg anak aku ni dah 6 hari menangis sepanjang hari...senyap time tido je...tu pun tido die sekejap...huhu....dan rasanya bila dah menangis2 camtu, menyusu pun dia kurang..
Sedih sangat bila aku ambik dia petang, tengok dia yang muka muram, sebek dan sedih...tu yang bila aku sampai je kat taska, terus dokong dia dan buat dia happy...alhamdulillah, nangis dan muram tak berterusan sampai ke rumah...nasib baik jugak dia tak mengigau2 time malam dan ada selera nak makan....banyak dia mkn bila balik rumah...lapar agaknya...kat taska makan dan minum tak terurus sbb menangis...huhu
Yang buat pening sekarang ni, dia macam tak sesuai kat taska tu...cikgu dia sendiri yang cakap camtu...dengan semua orang dia tak nak...macam dia tak biasa dengan dunia luar...walhal, klu nak ikutkan, aku selalu bawak dia ke mana2...tak pernah lak dia meraung2...sampai sekarang ni dia dah fobia dengan rumah teres..sampai kan rumah nenek dia sendiri dia ingat taska...huhuu...cam ner ni...? kesian dan pening dibuatnya...yela, mungkin selama ni dia selalu berdua je kat rumah dengan nenek..pastu segala aktiviti dia boleh buat tanpa gangguan...bila sekarang ni, dia terpaksa duduk bersesak dengan baby lain, dan takde sapa yang dia kenal, mungkin tu yang buat dia rasa tak selesa...pastu mungkin dia menangis sbb sakit kot..sbb aku tgok setiap hari ada tanda yang berlainan kat tanganlah, bontotlah..semalam lak aku tengok kat dahi...hmmm...
Tapi bagi aku, aku nak didik dia dari sekarang yang dia kena berkawan, disiplin dan belajar...ke umur dia tak sesuai lagi? hmmm.....bukan pe, takut lak aku emosi dia yang terganggu nnt...huhu..yang pasti, aku hanya mampu berdoa, bertawakal dan tak putus2 Surah Insyirah aku usap kat ubun2 dia...Semoga anakku sentiasa dilindungi Allah dan permudah kan segala urusannya dunia akhirat...
* hmm..time2 tengahari ni teringat yang dia nak tido dgn ambik mud guling2 satu tilam...cner agaknya dia kat taska? guling2 telanggar dinding kah...uwaaaa.....
Sok cikgu dia pesan suh bawak tilam kecil...hmmm....
~ i luv u all~
2 comments:
lea , sian dia tau..kty suggest bawa ar jumpa ustaz kasi lembut hati dia dpt duk taska..tak semesti dia kena apa2 nak jumpa ustaz..cuma nak kasi hati dia tenang..dpt terima taska tu je..
tu la kan k.ty...ok, nnt saya try...tq k.ty..
Post a Comment