Selalunya, klu tak de plan apa-apa utk weekend, masa lapang aku mmg akan diisi sepenuhnya dengan aktiviti MENGEMAS yang tak de kesudahan..huhuuu... habis satu rumah aku sapu, segala sawang-sawang yang mula nak hidup pun aku hapuskan dengan cepat..siap menyapu, mengemop, mengelap, melipat pastu menyusun..segala benda aku susun..dah siap susun, aku teraburkan dapur balik dengan tepung!! wahaahaaa...dah kemas-kemas, taburkan balik..pastu kemas balik...sangat RAJIN kan? huhu..
Dah mmg sifat klu hati nak, mmg nak sangat...tak boleh nak kata tunggu lagi dah..tu yg jadi kek brownies cheese hari ahad lepas...stok bahan buat kuih-muih mmg banyak...tamak sangat kan, beli barang cam nak bukak kedai bakery je gayanya....alih-alih, buatnya tak seberapa...huhuu...lagipun buat kek-kek camni sekadar suka-suka nak mencuba dan utk makan anak beranak...anak dara aku tu pun makin membesar..boleh la buatkan nnt klu dia nak..tak yah nak beli-beli...hehe...
Kek brownies cheese...
(psst...ada rupa kek ke tu...cam hudus je aku nengok nya...hehehee)
tp marvelles mak aku ckp..cuma over sgt ketebalan cheese tu...patutnya nipis jek..

buruk noo aku potong kan...macam guna pisau tumpul je..hehe...ni sbb nak tak sabar-sabar nak tgok isi dalam la ni...terus senget-benget...tinggal ni je utk mak aku..yg lain adik aku dah bawak balik...makin gem la die makan kek je...huhuu...
Resepi dan cara buat ni sama macam kek coklat kukus, cuma letak inti cheese yang dah dipukul bersama gula kastor dan telur..
cara kukus:-
1) Kukus 20 minit lapisan coklat di bawah.
2) Masukkan inti dan kukus lagi 15 minit
3) Masukkan pula baki coklat dan selebihnya dan kukus lagi 20 minit
4) Sejukkkan dulu dan boleh sedia utk dipotong
* - Tutup penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitik ke dalam kek.
^ ______^
~ i luv u all~
1 comment:
sedapnya..len kali pass ler skit kt kty ..
Post a Comment