Rabun silau..apakah faktor dan rawatannya...
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang saya nyatakan di bawah. Rawatan mungkin berlainan mengikut punca yang menyebabkan silau.
1. Astigmatisme -
ini yang selalu disebutkan sebagai rabun silau. Rabun silau selalunya akan menyebabkan rasa silau. Bagi mereka yang mempunyai astigmatisme yang tinggi, maka akan lebih silaulah lagi rasanya. Mereka yang mempunyai astigmatisme boleh dibetulkan dengan memakai kaca mata dengan preskripsi yang betul.
2. Selaput mata/katarak -
Katarak adalah kekaburan dalam kanta kristalin (kanta yang terdapat di dalam mata). Jika ini terjadi, cahaya yang akan memasuki mata akan berpecah-pecah dan menyebabkan rasa silau. Mereka yang mempunyai katarak sebaiknya mendapatkan nasihat doktor supaya dapat membuang katarak.
3. Keletihan mata -
Akibat dari rasa letih yang keterlaluan, anak mata yang biasanya mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Oleh sebab itu, apabila cahaya yang berlebihan masuk, anak mata tidak mengecil sebagaimana biasa dan menyebabkan cahaya yang banyak masuk ke dalam mata. Untuk mengatasi masalah ini, anda hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dari segi penglihatan. Apabila melakukan kerja dekat, anda hendaklah sekali sekala memandang jauh (lebih dari 6m). Jika ruang pejabat anda sempit, eloknya diletakkan cermin besar untuk menambahkan jarak penglihatan. Mata kita hanya akan berehat jika kita memandang jauh.
RAWATAN :
1. Untuk mereka yang mengalami masalah silau atau tidak, anda digalakkan untuk memakai cermin yang mempunyai lapisan antisilau atau multicoated. Harganya bergantung kepada jenis yang dipilih. Harga yang paling murah hanyalah RM 80 sepasang tetapi hendaklah difahami bahawa cermin yang berharga murah selalunya mempunyai kualiti yang rendah berbanding yang lain. Jika anda mahu lebih selesa gunakan kanta transition yang boleh bertukar gelap bergantung kepada banyaknya cahaya matahari.
2. Penggunaan kanta sentuh toric juga adalah digalakkan bagi mereka yang tidak menggemarkan kanta sentuh berbanding kaca mata. Pastikan anda mempunyai kandungan air mata yang cukup dengan menjalani ujian terlebih dahulu. Selepas mengelipkan mata memang kanta sentuh toric anda akan sedikit berganjak dan pada peringkat awal ia akan menjadi satu gangguan. Selepas mengalami proses adaptasi insya ALLAH segalanya OK. Walaubagaimanapun mereka yang mempunyai astig di bawah -1.00 masih boleh memilih untuk menggunakan kanta sentuh biasa yang lebih rendah harganya tetapi pernglihatan anda akan sedikit terganggu.
**********
Huhuu...dah bertahun-tahun tak pakai spek, tu sbb kesilauan aku makin menjadi- jadi...spek mata @ contact lense?
hmmm....bila la rezki nak turun dari langit ni...=P
No comments:
Post a Comment